|

Pustaka Aman Press (PAP) telah ditubuhkan pada tahun 1960 oleh Haji
Hassan Bin Yaacob
dengan modal permulaan sebanyak RM15,000. Fungsi utama penubuhannya
adalah untuk penerbitan dan
percetakan buku-buku berkaitan Islam yang di antaranya terjemahan
tafsir Al-Quran,
buku ajaran Islam dan pendidikan Islam. PAP berharap dapat menjadi
pelopor utama dalam
menerbitkan dan mencetak buku-buku di Kelantan dan amnya di Malaysia.
Pada 5 Februari 1976, PAP telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat
dengan modal yang
dibenarkan dan modal berbayar sebanyak RM1,000.000.00 dan RM500,003.00
yang mana
dikenali sebagai Pustaka Aman Press Sdn.Bhd.
Sebagai seorang pengusaha yang dinamik dan agresif-Haji Hassan Bin Haji
Yaacob telah
menguruskan syarikat tersebut dengan penuh jayanya. Beliau menjalankan
semua aktiviti
perniagaan termasuklah penerbitan, pengeluaran, jualan dan pengumpulan.
Semasa penubuhan
awal operasi PAP, beliau selalu berjumpa dengan pelanggan di seluruh
Malaysia termasuklah
di Sabah dan Sarawak pada setiap bulan. Pada awal tahun 1960, PAP telah
menjadi penerbit utama
buku teks pendidikan agama Islam ( Pengetahuan Agama Islam-Tingkatan 1
hingga 5 ).
Tanpa dijangka, nama syarikat telah melonjak naik daripada pengeluaran
buku-buku tersebut.
Dengan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memberi mandat penuh
kepada PAP untuk
menerbitkan semua buku-buku teks Pendidikan Islam di bawah seliaannya.
Semenjak dari itu, PAP
telah menerbitkan buku-buku tersebut dalam skala yang besar ke seluruh
negara.
Hari ini, di samping penerbitan dan percetakan buku-buku Islam,
akademik, kanak-kanak,
dan juga buku-buku komputer, PAP juga menerima permintaan dan kontrak
percetakan daripada
sektor-sektor kerajaan, syarikat swasta dan juga individu-individu
tertentu. Di antara
perkhidmatan percetakan yang ditawarkan oleh PAP adalah menerbit dan
mencetak
buku-buku, majalah, broshur, kalendar, berita,laporan tahunan, cetakan
4 warna dan lain-lain lagi.
Semenjak PAP ditubuhkan, ianya telah banyak melakukan pembaharuan dalam
operasi dan pengurusannya. Di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif,
Pn. Hajjah
Fauziah Hassan, PAP telah berjaya meningkatkan pengeluarannya, ruang
kerja, aktiviti-
aktiviti perniagaan dan lain-lain. Sehingga sekarang, PAP telah berjaya
mempelbagaikan
bentuk perniagaan termasuklah menjadi pembekal kertas dan alat
percetakan ( Syarikat Ikmal ),
pengurusan hotel ( Hotel Aman ), projek perumahan dan harta ( Taman
Aman dan Taman Sari ),
dan sekolah rendah swasta (Sekolah Rendah Swasta Sri Aman).
PAP amat komited dalam mencapai hala tuju dan objektif yang sebenar
bagi menyahut
cabaran dan aspirasi dalam Wawasan 2020.
|